Perjuang Kemerdekaan Sarawak

| |
 Rentap - pahlawan Iban Rentap
menggelar James Brooke lanun yang mahu rampas tanah penduduk. Sebut
nama Rentap, penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannya
terhadap kuasa penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketika
melebarkan kuasanya ke Borneo, pada abad ke-19
Penentangan
terhadap kuasa penjajah menyebabkan James Brooke menggelar Rentap yang
berpengaruh di kawasan yang kini di bawah pentadbiran Bahagian Betong,
sebagai lanun. Pahlawan Rentap dari suku Iban sebenarnya seorang
pejuang yang mempertahankan negeri dari penjajahan Inggeris, bukannya
lanun seperti anggapan penjajah.Pengkaji sejarah tempatan, Dr
Chang Pat Foh, berkata Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua
pahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksud
Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada
Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.
Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luar
dari Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan menghapuskan
cara hidup masyarakat tempatan waktu itu.
Disebabkan
sikap Rentap itu, Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri
menggunakan helah dengan menggelarnya lanun dan penjajah merancang
menghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribas
dan Skrang.

Pada 7 Jun 1857, Ekspedisi Sadok
Pertama dilancarkan penjajah bertujuan memusnahkan semua kawasan
pertanian sekitar Bukit Sadok untuk memutuskan bekalan makanan pengikut
Rentap.Pasukan Brooke berjaya mendaki hingga puncak Gunung Sadok
yang sama tinggi dengan kubu Rentap di puncak Bukit Sadok untuk melihat
dan melancarkan serangan ke kedudukan musuh. Dengan kekuatan 4,000
askar, Brooke tidak dapat menawan Kuta Rentap kerana dibina menggunakan
kayu Tebelian keras yang tidak dapat ditembusi peluru, serta Rentap
juga mempunyai senapang, meriam dan pistol kuno yang dirampas ketika
menyerang Allan Lee, di Lintang Batang pada 1853.Pasukan Brooke
ditimpa hujan lebat selama lapan hari di puncak Gunung Sadok dan
akhirnya memutuskan berundur dalam ekspedisi yang gagal sepenuhnya.Pada
Ogos 1858, Brooke melancarkan Ekspedisi Sadok Kedua untuk menghapuskan
kuasa Rentap dengan membawa senjata " Six-Pounder gun" yang mampu
menembak lima puluh peluru ke Kuta Rentap. Ekspedisi kali ini turut
gagal kerana senjata itu tidak mampu menembusi dinding Kuta Rentap dan
Brooke terpaksa segera berundur selepas dibalas dengan serangan
betubi-tubi menggunakan sumpit beracun, lontaran batu dan tembakan
senjata api.Pada September 1861, Brooke melancarkan Ekspedisi
Ketiga Sadok yang lebih besar dengan buruh untuk membuat jalan di
hutan, sepasukan askar Negro yang terlatih dalam pertempuran jarak
dekat serta senjata penembak roket, Six-Pounder Gun dan meriam yang
digelar " Bujang Sadok". Selepas sampai di puncak Gunung Sadok,
keesokan paginya, serangan dilancarkan ke Kuta Rentap dan berlaku
berbalas serangan menggunakan meriam antara Bujang Sadok dengan Bujang
Timpang Berang yang dimiliki Rentap.Malangnya, salah seorang
pengendali meriam Rentap terkena tembakan dari Bujang Sadok dan
darahnya membasahkan serbuk letupan menyebabkan Bujang Timpang Berang
tidak berfungsi dan kelebihan Bujang Sadok digunakan untuk memusnahkan
dinding keras Kuta Rentap.

0 comments:

Post a Comment